Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang tersebut, kesemua rumah jenis kayu itu ranap sepenuhnya dipercayai berpunca api marak terlalu cepat.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah memaklumkan, seramai 34 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna termasuk Kunak dan Tawau segera dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.58 petang.

“Berdasarkan maklumat awal, kebakaran terbabit hanya melibatkan 10 buah rumah setinggan perkampungan atas air.

"Bagaimanapun, jumlahnya meningkat sehingga 20 buah rumah disyaki api marak terlalu cepat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, sehingga kini pasukan bomba masih giat melakukan operasi pemadaman api.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dan punca kejadian masih dalam siasatan. - K! ONLINE