Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Shafruddin Ali Hussin berkata, daripada jumlah itu, seramai 10,370 ialah murid perempuan dan 10,261 murid lelaki.

"Bagi pelajar Tingkatan Satu pula,seramai 19,759 telah mendaftar di 150 sekolah menengah seluruh Terengganu pagi ini.

"Alhamdulillah hari pertama persekolahan hari ini berjalan lancar meskipun terdapat beberapa kawasan yang dilanda hujan sejak malam tadi," katanya.

Ketika ini terdapat 489 guru berkhidmat bagi prasekolah, 11,632 guru di sekolah  rendah dan 10,462 guru di sekolah menengah di seluruh Terengganu. - Bernama