Daripada jumlah tersebut seramai 31 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis dan pasangan mengundi di ruang legar kuarters Balai Polis Seri Kembangan untuk PRK DUN Balakong.

 

Sementara itu, bagi proses pengundian awal di PRK DUN Seri Setia, seramai 2,770 orang pengundi awal terlibat meliputi 2,597 orang anggota tentera serta pasangan dan 173 orang anggota polis.

Dua  pusat pengudian awal telah di buka bagi PRK tersebut iaitu bagi tentera dan pasangan mereka akan mengundi Dewan Serbaguna Ababil, Pangkalan Udara Subang, manakala bagi anggota polis, mereka akan mengundi di Kompleks SMS Polis Diraja Malaysia (PDRM), Seksyen U2 di sini.

Menurut sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga pukul 9 pagi, jumlah peratusan keluar mengundi awal bagi PRK DUN Bakalong adalah sebanyak 83 peratus, manakala bagi PRK Seri Setia 15 peratus.

"Bagi DUN Balakong, proses pengundian mula dibuka pada pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari, sementara Seri Setia sehingga pukul 5 petang," katanya.