Justeru, katanya pelbagai inisiatif telah dilaksanakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi mengurangkan insiden itu seperti pemasangan 280 papan tanda lintasan hidupan liar, 'amber-light' (24 unit) dan 'transverse bar' (37 set) di seluruh negara.

Selain itu katanya, terowong, jambatan dan lintasan hidupan liar turut dibina di kawasan khas (hotspot) kemalangan hidupan liar dan tempat-tempat terdapat projek-projek kerajaan yang memutuskan Central Forest Spine.

"Kepupusan hidupan liar boleh berlaku secara drastik jika kemalangan hidupan liar ini berlaku secara berterusan," katanya dalam perutusannya sempena Hari Hidupan Liar Sedunia 2018 yang disambut Sabtu lepas.

Menurutnya, sambutan tahun ini bertemakan "Big Cats: Predators Under Threat" memberi fokus kepada ancaman kepupusan spesies kucing besar yang terdiri daripada singa, harimau belang, harimau kumbang, harimau dahan, puma, jaguar dan harimau bintang. - Bernama