Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mengenepikan notis usul yang difailkan oleh Pendakwa Raya sebgai pemohon, agar perbicaraan 1MDB ditangguhkan buat kali keempat untuk memberi laluan kepada perbicaraan Najib dalam kes berkaitan SRC International Sdn. Bhd., supaya diselesaikan terlebih dahulu.

Hakim Sequerah sebelum ini menetapkan 19 sehingga 29 Ogos; seluruh bulan September dan Oktober, kecuali hari Jumaat; dan dua minggu pertama pada November, untuk perbicaraan 1MDB Najib.

Dalam penghakiman ringkas, hakim itu berkata, mahkamah mendapati tidak ada sebab yang munasabah untuk menangguhkan perbicaraan 1MDB kerana perkara itu melibatkan kes yang mempunyai kepentingan awam.

"Kes ini perlu diteruskan tanpa sebarang penangguhan lagi, dan oleh itu ia tidak mencetuskan sebab yang munasabah untuk membolehkan perbicaraan 1MDB ditangguhkan lagi. - Bernama