Pemberian bantuan khas itu diumumkan Menteri Besar, Amirudin Shari pada Rapat Ramadan Bersama Kakitangan Awam Selangor 2019 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, di sini hari ini.

Menurut Amirudin, bantuan di bawah Insentif Mahabbah Ramadan itu akan dibayar kepada semua penjawat awam pada 7 Jun depan.

"Kerajaan Selangor telah memperuntukkan RM33.84 juta untuk insentif ini.

"Selain itu, kita juga turut menyediakan bantuan khas berjumlah RM1,000 kepada 739 orang kakitangan persekutuan yang berkhidmat di negeri ini," katanya. - K! ONLINE