• Bonus RM400 kepada penjawat awam sempena Aidilfitri.
  • Harga minyak RON 95 dikekalkan tetapi RON 97 ditetapkan secara apungan ikut pasaran semasa.
  • Tabung Harapan Malaysia ditubuhkan untuk rakyat menyalur sumbangan membantu kerajaan melunaskan hutang.
  • Tol diberi diskaun 50% dalam tempoh dua hari sebelum Aidilfitri.
  • Sayangi Malaysiaku tema Hari Kebangsaan 2018.
  • Program Permataku diletak di bawah Kementerian Pendidikan.
  • Pesara kerajaan menerima bonus RM200 sempena Aidilfitri.
  • GST digantikan SST mulai 1 September 2018.
  • Majlis Penasihat Pertanian ditubuhkan kerajaan.
  • Projek MRT3 tidak akan diteruskan.
  • Esok taklimat penuh Kementerian Kewangan menurunkan kos pentadbiran negara.
  • BR1M diubah nama kepada Bantuan Sara Hidup.
  • Pencarian MH370 tidak dapat diteruskan kecuali menemui bukti baharu.
  • Jemaah Menteri setuju batal HSR, tertakluk perbincangan dengan Singapura kerana implikasi kewangan yang tinggi.
  • Kumpulan orang yang berpengetahuan agama akan membincangkan sama ada Jakim akan dikekalkan atau tidak.
  • Isu BTN sedang dikaji.
  • ECRL bukan batal, dalam kajian.
  • Janji manifesto 100 hari akan ditunaikan tetapi ambil kira keadaan kewangan serta tidak jejas pentadbiran negara.