Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Langat, Sahrul Hafizan Daud berkata, kesemua mangsa berkenaan dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air kira-kira 0.4 meter susulan hujan lebat sejak awal pagi semalam.

"Kita mula memindahkan mereka secara berperingkat sejak pukul 12 tengah hari semalam atas faktor keselamatan,"katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sahrul berkata, pemantauan berterusan dijalankan pihaknya bersama agensi-agensi lain bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin. - K! ONLINE