Mereka yang ditahan dalam Op Tapis Khas selama kira-kira lima jam bermula pukul 11 pagi itu berusia antara 25 hingga 55 tahun.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya turut merampas sejumlah dadah bernilai kira-kira RM172 dalam operasi tersebut.

"Antaranya termasuklah 3.6 gram (g) dadah disyaki heroin, 0.2g (syabu) dan 0.4g (ganja)," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Noorzainy berkata, kesemua suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 6 Akta Penagihan Dadah 1952 serta Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983. - K! ONLINE