Insiden membabitkan penerbangan Biman No. BG-60 dari Dhaka ke Yangon yang membawa 28 penumpang itu, berlaku 6.50 petang waktu tempatan (1220 GMT).

"Sekurang-kurangnya 16 orang termasuk juruterbang cedera di kepala dan dihantar ke Hospital Besar Okkalapa Utara," kata pengerusi Shweyaung Thamaing, Pertubuhan Kecemasan dan Pertahanan Sosial, Zwe Yan Naing.

Menurut kenyataan Yangon Aerodrome Company Limited, pengendali YIA, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan jarak penglihatan terhad.

Landasan dibuka semula dua jam kemudian. - Bernama