Sherif Daerah Broward, Scott Israel mengenal pasti lelaki bersenjata itu sebagai Nikolas Cruz, 19, iaitu bekas pelajar Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas yang terletak kira-kira 72 kilometer ke utara Miami.

Bagaimanapun, Cruz dikatakan telah dibuang sekolah akibat masalah displin dan berjaya ditahan polis di bandar berhampiran Coral Springs sejurus insiden itu.

“Sejumlah pelajar dan orang dewasa terbunuh dalam kejadian itu namun saya tidak dapat mengesahkan jumlah sebenarnya mangsa cedera tetapi setakat ini, 17 orang terbunuh,” katanya.

Cruz yang hanya mengalami kecederaan ringan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Presiden Donald Trump turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

“Tiada mana-mana kanak-kanak, guru atau sesiapa perlu berasa tidak selamat di sekolah-sekolah di AS selepas insiden ini,” katanya di Twitter. - AFP