Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, sebanyak 98 kes di Jempol, Seremban (37), Rembau (16), Jelebu (14) dan tiga kes di Port Dickson.

"Hanya dua kes dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut, manakala kes lain dirawat sebagai pesakit luar.

“Tiada kematian akibat ILI dilaporkan setakat ini dan tiada premis yang ditutup,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Veerapan berkata, ILI meliputi pelbagai jenis influenza termasuk Influenza A dan B yang boleh berlaku secara bermusim.

Menurut beliau, penyakit itu menyebabkan seseorang itu demam, selesema, batuk dan boleh menjadi teruk sehingga mengakibatkan radang paru-paru (pneumonia). 

Jelasnya, penyakit itu disebabkan oleh virus yabg ditularkan melalui jangkitan pernafasan dan tiada kaitan dengan pencemaran udara atau sungai.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya mengekalkan tahap kebersihan, mengamalkan membasuh tangan dengan menggunakan air, sabun atau sanitizer tangan serta mengamalkan cara hidup sihat. - K! ONLINE