Menurut sumber, sebanyak 15 buah kereta polis memasuki premis bekas Perdana Menteri tersebut sekitar jam 10.15 malam tadi.

Tidak dapat dikenal pasti kehadiran pihak berkuasa di kediamannya, namun media melaporkan kenderaan polis berkenaan beredar dengan membawa beberapa kotak yang dipercayai berisi dokumen dari kediaman bekas Perdana Menteri itu.

Sebelum itu, Najib telah memuat naik imej beliau menunaikan sembahyang Terawih di Masjid Kampung Baru sebelum pulang ke kediamannya sekitar jam 9.50 malam, kira-kira 25 minit sebelum kediamannya dikunjungi rombongan polis itu.

Dipercayai kotak-kotak terbabit mengandungi dokumen-dokumen yang berkaitan dengan 1MDB yang kini sedang berada dalam siasatan.

Turut difahamkan polis turut berada di empat lagi lokasi iaitu di Kompleks Seri Perdana, Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Pavilion Tower A dan Pavilion Tower B. - K! ONLINE