Mereka terdiri daripada 35 pegawai kanan dan 112 pegawai rendah polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, program dengan kerjasana Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak pengurusan masjid di seluruh daerah itu adalah sebagai usaha bagi membanteras kegiatan jenayah secara menyeluruh.

"Ini bagi memastikan pihak pengurusan masjid dapat menyampaikan aduan dan maklumat terus kepada anggota atau pegawai polis sekiranya berlaku sebarang kejadian jenayah di dalam atau di luar kawasan masjid.

"Pihak polis bukan sahaja melakukan pemantauan berterusan dan memberi ceramah berkaitan trend jenayah semasa di masjid, malah turut terlibat dalam program yang dilaksanakan pihak berkenaan," katanya ketika ditemui selepas pelancaran program 1M1P di Dewan Bunga Raya IPD SPU, Kepala Batas di sini sebentar tadi.

Turut hadir ialah Ketua Cawangan Khas Kontinjen Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mohd. Hanapi Mohd. Sani, Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam, Shariful Azhar Othman dan Pegawai Tadbir Agama Islam Kepala Batas, Salehuddin Sulaiman. - K! ONLINE