Bom tersebut telah diletakkan di dalam sebuah khemah yang digunakan untuk mendaftarkan para pengundi di kawasan sebuah masjid, sekali gus menjadikannya serangan terbaharu dalam persediaan menghadapi pilihan raya perundangan yang telah lama tertangguh.

Timbalan Pengarah Kesihatan Awam, Gul Mohammad Mangal memberitahu AFP sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan 33 orang lagi cedera lagi dalam letupan itu. Antara yang maut ialah seorang pekerja pilihan raya wanita.

Mangal memberi amaran bahawa bilangan kematian mungkin meningkat kerana beberapa orang mangsa tercedera kini berada dalam keadaan kritikal.

Serangan terbaharu ke atas pusat daftar pemilih itu dianggap untuk menghalang lebih ramai orang daripada mendaftar dalam pilihan raya parlimen dan daerah yang dijadualkan berlangsung pada 20 Oktober. - AFP