Senarai lagu layak didahului dengan penyanyi baharu, Syamel yang layak dengan dua buah lagu iaitu Lebih Sempurna dan Aku Cinta duet bersama Ernie Zakri.

Sementara itu, komposer terkenal Ajai turut gah dengan dua pencalonan apabila lagu ciptaannya Separuh Mati Ku Bercinta nyanyian Dayang Nurfaizah dan Akhirnya Cinta dendangan Salma turut tersenarai sebagai peserta AJL32.

Senarai penuh lagu yang layak ke AJL32 ialah

-Warkah Untukmu(Ara Johari)

-Bayang(Khai Bahar)

-Aku Yang Sebenar (Hazama&The Penglipur Lara)

-Sejati (Azmi&Caliph Buskers)

-Menahan Rindu(Wany Hasrita)

-Tergantung Sepi (Haqiem Rusli)

-Jampi (Hael Husaini)

-Amboi (Altimet)

-Separuh Mati Ku Bercinta (Dayang Nurfaizah)

-Lebih Sempurna (Syamel)

-Aku Cinta (Syamel, Ernie Zakri)

-Akhirnya Cinta (Salma)

Kesemua lagu diadili oleh juri profesional yang diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail bersama Helen Yap, Azmeer,AG Coco,Edrie Hashim,LY dan Pak Ngah. - K! ONLINE