Angkatan Tentera Marin AS berkata, insiden yang berlaku di Pangkalan Bersama Myer-Henderson Hall  itu mengakibatkan bangunan di kawasan berkenaan terpaksa dikosongkan.

“Kami sedang bekerjasama dengan pasukan HAZMAT dan FBI. Beberapa orang pegawai Marin sedang menerima rawatan akibat daripada insiden berkenaan.

“Tiada maklumat tambahan buat masa sekarang dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - AFP