Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata pada Feb 2017, IBR itu melibatkan semua kakitangan di semua lapan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disusuli kakitangan pentadbiran kerajaan negeri dua bulan selepas itu. 

"Hari ini, tujuh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Terengganu turut melaksanakan IBR bersama 65 lagi jabatan dan agensi serta badan berkanun di bawah pentadbiran kerajaan negeri.  

"Usaha ini wajar dipuji kerana Terengganu menunjukkan komitmen yang sangat tinggi terhadap SPRM dalam membanteras rasuah serta penyalahgunaan kuasa demi memastikan perkhidmatan diberi benar-benar telus dan amanah," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis lafaz dan menandatangani IBR melibatkan 72 jabatan dan agensi kerajaan negeri, badan berkanun dan GLC Terengganu yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman di sini hari ini. - Bernama