Difahamkan, kumpulan yang mula berkumpul sejak pukul 7.30 pagi itu, terdiri daripada ahli UMNO Pekan dan beberapa penyokong lain menggesa kerajaan membebaskan Najib.

Ketua Puteri UMNO Pekan, Sida Tatiana Sariat berkata, pihak berkuasa tidak seharusnya menahan Najib tanpa mempunyai bukti yang kukuh.

“Kalau beliau bersalah, tunjukkan bukti kukuh dan tidak perlu menahan beliau seperti ini.

“Kami mahu pihak berkuasa bebaskan Najib, ahli lain dari Pontian dan Temerloh akan menyertai kami untuk menunjukkan sokongan kepada Ketua Bahagian kami,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini. - K! ONLINE