Seramai sembilan remaja lelaki berusia antara 14 hingga 17 tahun ditemui bersembunyi di kawasan semak di Kampung Durian, Pokok Sena kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Sementara seorang lagi penghuni berusia 17 tahun terlebih dahulu menyerah diri di asrama tersebut kira-kira pukul 5.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, sembilan penghuni asrama itu berjaya ditahan hasil maklumat penduduk kampung yang ternampak tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan semak berkenaan.

"Penduduk kampung terbabit kemudian memaklumkan perkara itu kepada pihak polis dan pemeriksaan menemui sembilan tahanan di situ.

"Mereka ditemui dalam keadaan letih dan kelaparan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE