Serangan itu jlelas menunjukkan bahaya yang dihadapi wartawan di negara bergolak itu apabila keganasan dilihat semakin berleluasa ketika Taliban meningkatkan lagi kempen mereka.

Dua serangan bunuh diri yang berlaku di Kabul itu telah menyebabkan 25 orang terkorban termasuk Shah bersama lapan wartawan lain dengan Wartawan Tanpa Sempadan menyifatkan ia merupakan antara serangan terus ke atas pihak media sejak kejatuhan Taliban.

Jurucakap polis Kabul, Hashmat Stanikzai berkata, letupan kedua berlaku beberapa minit selepas letupan pertama yang dilihat menyasarkan golongan wartawan di tempat kejadian.

“Pengebom bunuh diri yang menyamar sebagai wartawan meletupkan diri sendiri di tengah-tengah orang ramai,” katanya.

Kementerian Dalam Negeri mengesahkan angka kematian tersebut dan berkata, serangan tersebut turut mencederakan 49 orang awam selain tidak menolak kemungkinan angka kematian akan meningkat. - AFP