Pengarah jabatan itu Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, 90 peratus lagi hanya membabitkan simptom ringan yang boleh ditangani dengan perkongsian dan perbincangan masalah yang dialami kakitangan terbabit.

"Saringan tersebut kita jalankan di peringkat ibu pejabat, hospital dan pejabat kesihatan daerah melalui Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar.

"Laporan ini bagaimanapun masih di peringkat awal dan saringan seterusnya akan dilakukan bagi menentukan peringkat kesihatan mental yang dialami bagi 10 peratus kakitangan yang dikenal pasti itu," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Kesedaran Kesihatan Mental dan 'Ambo Nok Sihat'  Peringkat Negeri Kelantan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Azman Ismail dan turut dihadiri Pengarah HRPZII Dr Selasawati Ghazali. - Bernama