Dalam pada itu, katanya kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif dalam menjaga kebajikan jemaah haji Malaysia, antaranya menyarankan kepada mereka mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami masalah kesihatan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Town Halldi Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), di sini, hari ini.

Musim haji kali ini telah pun berakhir dengan kumpulan pertama jemaah haji Malaysia dijangka kembali ke tanah air pada Isnin. 

Sementara itu, program Town Hall itu yang disertai kira-kira 300 peserta termasuk pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diadakan bagi memberi taklimat dan menjelaskan dasar-dasar yang telah di persetujui oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. - Bernama