Berangkat sama pada istiadat itu ialah Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff dan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

ADUN yang mengangkat sumpah ialah ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah, Datuk Dr. Ismail Salleh (Pengkalan Kundor), Tan Kok Yew (Derga), Ir. Zamri Yusuf (Suka Menanti) dan Azman Nasrudin (Lunas).

Turut mengangkat sumpah ialah Mohd. Asmirul  Anuar Aris (Kubang Rotan), Ooi Tze Min (Bakar Arang), Dr. Salmee Said (Kota Siputeh), R. Summugam (Bukit Selambau) dan Halimaton Shaadiah Saad (Bukit Kayu Hitam).

Kesemua mereka menandatangani buku sumpah pelantikan Exco di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Datuk Hashim Hamzah dan Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Sheikh Abdul Rahman Abdullah.

Mukhriz yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-13 di hadapan Sultan Sallehuddin pada 11 Mei lalu.

Beliau mengangkat sumpah jawatan tersebut buat kali kedua selepas kali pertama pada 2013.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, PH memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN),  Pas 15 DUN dan BN tiga DUN. - K! ONLINE


Senarai Exco Kedah 

Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jitra)
-Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli serta Majlis Tindakan Negeri.

Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit)
-Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Syarikat Milik Kerajaan Negeri, Industri dan Pelaburan serta Agama.

Datuk Dr. Ismail Salleh (Pengkalan Kundor)
-Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar.

Tan Kok Yew (Derga)
-Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan

Ir. Zamri Yusuf (Suka Menanti)
-Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Kerja Raya, Bekalan dan Sumber Air serta Tenaga.

Azman Nasrudin (Lunas)
-Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan serta Pembangunan Insan.

Mohd. Asmirul Anuar Aris (Kubang Rotan)
-Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Pembangunan Usahawan serta Badan-Badan Bukan Kerajaan.

Ooi Tze Min (Bakar Arang)
-Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Alam Sekitar.

Dr. Salmee Said (Kota Siputeh)
-Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Komunikasi dan Teknologi Tinggi serta Perdagangan Dalam Negeri.

R. Summugam (Bukit Selambau) 
-Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan serta Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi

Halimaton Shaadiah Saad (Bukit Kayu Hitam)
-Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat dan Pembasmian Kemiskinan.