Naib Canselornya, Prof Datuk Dr. Ahmad Zubaidi A Latif berkata, jumlah tersebut merangkumi pelajar di 31 program ijazah menerusi 12 fakulti antaranya bidang Pengajian Islam, Sains Sosial, Perubatan, Perakaunan dan Undang-Undang.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 64.34 peratus adalah pelajar perempuan manakala 35.66 peratus lagi pelajar lelaki. Alhamdulillah, pendaftaran hari ini berjalan dengan lancar dan pelajar serta keluarga masing-masing memenuhi dewan semenjak dari pagi lagi sehingga tengah hari tadi.

"Malah, kita juga turut sediakan kemudahan â€˜Singgah Musafir’ iaitu ruang rehat 24 jam dan edaran sarapan pagi kepada keluarga terutamanya ibu bapa sementara menunggu anak masing-masing melakukan proses pendaftaran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua pelajar baharu akan menjalani Minggu Mesra Siswa (MMS) selama lima hari bermula hari ini. - Bernama