Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO), Zahirudin Mohammad Hanif berkata, usaha menjejaki guru era sebelum kemerdekaan itu telah dilakukan sejak 2007 namun gagal atas pelbagai faktor seperti telah berpindah dari alamat asal.

Beliau berkata, semua liabiliti KWSG termasuk dividen kepada pencarum atau waris mereka perlu diselesaikan segera selepas KWSG dibubarkan dan digantikan dengan penubuhan YGTHO pada tahun lepas.

"Pada masa ini tiada lagi pencarum aktif yang mencarum dengan KWSG apabila pencarum terakhir telah bersara pada Oktober 2004, namun pengurusan KWSG tetap diteruskan sehingga semua ahli KWSG mencapai umur persaraan pada Disember 2007.

"Selain 1,910 orang ini, ahli lain seramai 63,641 orang dengan nilai caruman keseluruhan berjumlah RM100 juta telah membuat pengeluaran caruman masing-masing secara berperingkat sejak KWSG ditubuhkan pada Januari 1962," katanya pada sidang media di sini hari ini. - Bernama