Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi berkata, jumlah berkenaan menunjukkan penurunan sebanyak 5.0 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017.

"Empat daerah dengan bilangan kes tertinggi secara kumulatif adalah daerah Kota Kinabalu iaitu sebanyak 398 kes, diikuti dengan Beaufort sebanyak 270 kes, Penampang (181 kes) dan Sandakan sebanyak 165 kes. Seramai 899 kes adalah lelaki manakala selebihnya adalah perempuan iaitu seramai 706 orang.

"Daripada jumlah itu sebanyak  97.8 peratus kes melibatkan kanak- kanak berusia 12 tahun ke bawah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sehingga 14 Julai lepas sebanyak 45 episod wabak telah dilaporkan di seluruh Sabah iaitu melebihi jumlah wabak yang telah dilaporkan sepanjang tahun 2017. - Bernama