Pengarah Pendidikan negeri, Mohd. Salleh Mohd. Kassim berkata, keputusan itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu seramai 1,459 pelajar.

"Berdasarkan jumlah tersebut, seramai 33 orang calon sekolah telah berjaya memperoleh gred cemerlang tertinggi A+ bagi semua mata pelajaran berbanding 21 calon tahun 2016.

"Sementara itu, Kolej Islam Sultan Alam Shah dinobatkan sebagai sekolah terbaik SPM pada tahun ini dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.42," katanya pada sidang akhbar pengumuman SPM sebentar tadi. - K! ONLINE