Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu sebanyak 1,000 usahawan bakal dilahirkan khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar.

“Dengan adanya program ini, secara tidak langsung ia membantu golongan belia lepasan Giat Mara yang memiliki kemahiran menjalankan perniagaan melalui perkhidmatan tanpa memerlukan modal besar.

"Sejak pihak kerajaan melancarkan program tranformasi luar bandar kita berjaya melahirkan seramai 500 usahawan bergerak," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan [email protected] Peringkat Negeri Sabah di sini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin.

Sementara itu, Musa memberitahu, sebanyak 291 usahawan [email protected] Sabah akan menerima motosikal yang mana 155 buah sumbangan daripada Giat Mara manakala 136 pula sumbangan Felcra Training & Consultancy Sdn. Bhd. (FTC).

"Sehubungan itu, pada hari ini seramai 136 belia  menerima motosikal untuk kegunaan perniagaan masing-masing dan bakinya akan diserahkan dalam tempoh terdekat," jelasnya. - K! ONLINE