Dalam satu kenyataan medianya, Zainol Fadzi yang juga merupakan Penasihat Khas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu itu mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama yang diterimanya sepanjang tempoh beliau menjadi Presiden pasukan.

“Saya dengan ini melepaskan jawatan sebagai Presiden PKNP FC berkuat kuasa 22 Julai 2019. 

“Ucapan ribuan terima kasih di atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan oleh PKNP FC sepanjang tempoh saya menjalankan amanah sebagai presiden,” katanya. 

Tambah Zainol Fadzi, beliau berharap agar PKNP FC akan terus maju jaya dan cemerlang pada masa akan datang. 

Kosmo! pada 29 Mei lalu melaporkan, Zainol Fadzi akan meletakkan jawatan sekiranya PKNP FC jatuh ke divisyen kedua Liga Malaysia 2020. 

Malah Ahmad Faizal yang merupakan Pengerusi PKNP itu turut memberi kata dua kepada PKNP FC agar mereka terus kekal di Liga Super atau bakal berhadapan dengan nasib yang lebih buruk iaitu pembubaran pasukan pada musim hadapan. - K! ONLINE