Pemain berusia 30 tahun itu dikatakan mahu keluar dari Atletico kerana hubungannya bersama kelab gergasi Sepanyol itu dilaporkan semakin retak.

Selain West Ham, Everton serta Wolverhampton turut berminat menandatangani khidmat Costa yang pernah muncul sebagai penyerang terbaik di England sewaktu bersama Chelsea.

Sejak beraksi di Stamford Bridge pada 2014 hingga 2017, dia telah meledakkan 52 gol dalam 89 penampilan sehingga membantu The Blues merangkul dua gelaran Liga Perdana England.

Menurut laporan media, West Ham sangat terdesak untuk mencari penyerang baharu selepas kehilangan Marko Arnautovic yang me­nyertai kelab Liga Super China baru-baru ini.

Malah, penyerang sasaran mereka, Maxi Gomez dari Celta Vigo pula telah disambar oleh Valencia pada minggu lalu.

Menurut bekas pengendali England, Sam Allardyce, West Ham perlu melakukan apa sahaja untuk mendapatkan penyerang seperti Costa.

“Dia adalah penyerang yang berkualiti dan layak menerima bayaran lumayan bersesuaian dengan sumbangan yang boleh diberikan. Mereka perlu bekerja keras untuk membawa masuk Costa dengan apa cara sekali pun,” jelasnya. – Agensi