Ketua jurulatih TFCII, Mustaffa Kamal Abdul Wahab berkata, bekas penyerang UiTM FC tersebut telah menandatangani kontrak selama setahun bersama Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) di sini hari ini. 
 
Menurut bekas pengendali skuad Piala Presiden Terengganu itu, kehadiran pemain import dari Nigeria berusia 33 tahun itu sememangnya memberi kekuatan terhadap bahagian serangan pasukan.

"Kini saya sedang menunggu kata putus daripada seorang lagi pemain import untuk menyertai pasukan kerana kita hanya akan menggunakan khidmat dua pemain import sahaja dalam TFCII.

"Pasukan TFCII dibarisi hampir keseluruhan pemain kelab T-Team selain turut menyerap masuk pemain skuad Piala Presiden Terengganu. Kebanyakan pemain untuk TFCII adalah anak-anak muda Terengganu yang akan digilap sebagai pelapis," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE