De Gea sebelum ini masih belum menandatangani kontrak baharu biarpun telah ditawarkan gaji £350,000 (RM1.79 juta) se­minggu.

Pemain berusia 29 tahun itu kini memiliki baki sembilan bulan sahaja lagi di Old Trafford dan dibenar mengadakan perbinca­ngan dengan mana-mana kelab pada Januari depan sebelum berpindah secara percuma.

United sebelum ini telah mencapai persetujuan secara lisan dengan De Gea berhubung kontrak baharu selama lima tahun pada musim lalu.

Bagaimanapun, dia dikatakan mengubah fikirannya dengan enggan menandatangani kontrak berkenaan dan membiarkan pegawai-pegawai The Red Devils dalam kebingungan.

Paris Saint-Germain sebelum ini dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain bekas Atletico Madrid itu, namun selepas berjaya membawa masuk Keylor Navas dari Real Madrid, prospek tersebut dilihat semakin samar.

Situasi itu bagaimanapun berjaya mencetuskan minat beberapa kelab Eropah lain yang akan mula mencuba nasib mereka pada Jan­ua­ri depan. 
– Agensi