Kejuaraan itu selepas UITM memungut 47 pingat emas, 17 perak dan 24 gangsa mengatasi Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan 34 emas, 33 perak dan 18 gangsa yang menduduki tempat kedua.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pula dinobatkan tempat ketiga selepas memperolehi 10 emas, 12 perak dan 21 gangsa.

Timbalan Pengarah Pusat Sukan UiTM yang juga Ketua Kontinjen, Mohd. Fisol Saud berkata, pasukan renang menjadi tunjang utama apabila menyumbang 13 pingat emas diikuti Taekwando (10 emas) dalam 10 acara yang dipertandingkan pada fasa pertama ini.

"Sumbangan pingat terus diperoleh menerusi olahraga dengan sembilan emas, tenpin bowling dan petanque masing-masing menyumbang empat pingat emas.

"Kita turut membolot tiga emas dalam acara catur, karate (2), bola jaring dan bola keranjang masing-masing mengondol satu emas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang jelas berbangga berharap atlet dalam meneruskan kecemerlangan Sukan Masum Fasa kedua yang akan berlangsung bermula semalam hingga 4 Ogos depan sekali gus mempertahankan kejuaraan musim lalu.

Mohd. Fisol berkata, fasa kedua itu mempertandingkan sembilan acara sukan Ragbi, Bola Baling dan Boling Padang juga berlangsung di UMP. - K! ONLINE