Beraksi di depan kira-kira 300 penonton, pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi rembatan kencang Sadam Hashim dari luar kotak penalti pada minit ke-18.

Penyerang Harimau Kumbang, Ken ilso Larsen menyamakan kedudukan pada minit ke-74, namun UiTM FC kembali bangkit apabila Lucas Ramon menjaringkan gol kedua (m-84) sebelum Bakary Doe melengkapkan kemenangan bergaya dengan meledak gol ketiga pasukan tuan rumah pada masa kecederaan. - K! ONLINE