Perlawanan tersebut menyaksikan skuad bimbi-ngan Unai Emery itu meraih kemenangan 1-0 sekali gus layak ke pusingan seterusnya menerusi kemenangan agregat 3-0.

Walaupun pemain berkenaan hanya sah meninggalkan Stadium Emirates musim panas ini, kecederaan yang membelenggu dirinya mungkin akan menyebabkan dia terpaksa dikeluarkan sehingga penghujung musim.

“Ia adalah kecederaan otot yang serius. Biasanya ia mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Bagi saya kecederaan Ramsey adalah satu kerugian buat Arsenal kerana dia sedang berada pada prestasi terbaik.

“Saya juga tidak yakin bahawa Ramsey akan beraksi pada perlawanan separuh akhir menentang Valencia tidak lama lagi,” kata Emery.

Gol tunggal perlawanan yang berlangsung di San Paolo itu dijaringkan oleh penyerang, Alexandre Lacazettepada minit ke-36.

Mengulas mengenai aksi anak buahnya, bekas pengendali Valencia itu mengakui berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan.

“Saya tidak pasti sama ada kemenangan ini memperlihatkan aksi terbaik Arsenal atau tidak. Namun, saya tetap bangga kerana kami beraksi dengan konsisten terutamanya selepas menewaskan Watford baru-baru ini,” jelasnya. – Agensi