Kejayaan itu diukir menerusi pelumba importnya, Artem Overchkin pada saingan peringkat terakhir LTdL 2018 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Pelumba berusia 32 tahun itu dinobatkan sebagai penyandang jersi utama berkenaan selepas merekodkan catatan masa keseluruh sebanyak 32 jam 6 minit 45 saat (s).

Lebih membanggakan, satu lagi pasukan benua tempatan yang baharu ditubuhkan, Forca Amskins Racing (FAR) turut cemerlang pada penampilan pertama mereka di LTdL selepas muncul sebagai juara raja bukit (polka dot) yang diraih oleh pelumbanya, Alvaro Raul Duarte. - K! ONLINE