Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo (gambar) berkata, sebanyak 27 daripada 41 perlawanan itu akan disiarkan secara langsung, manakala 14 aksi pula secara tertunda melibatkan peruntukan RM40 juta.

Bagaimanapun, katanya, butiran lengkap mengenai peruntukan berkenaan akan diumumkan semasa taklimat khas mengenai kewangan negara hari ini.

“Secara keseluruhan, saya boleh katakan angka yang Kabinet bahas (setuju) sebelum ini ialah RM40 juta.

“Sudah tentu akan ada penaja serta sebagainya dan mereka akan menyerap sebahagian besar daripada jumlah tersebut,” katanya di Putrajaya semalam.