Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada separuh masa pertama apabila Muhammad Safuwan Baharuddin menjaringkan gol untuk Pahang manakala gol Visakha FC dihasilkan oleh Keo Sok Pheng. 

Visakha FC memastikan kemenangan milik mereka apabila menambah dua lagi jaringan pada separuh masa kedua menerusi Young Meng Hao dan Sin Sophany. 

Pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, pasukannya belum mempamerkan kemampuan sebenar kerana itu merupakan perlawanan pertama. 

"Hari ini kita menguji dua pemain import iaitu Saddil Ramdani dari Indonesia serta pemain kelahiran Perancis, Herold Goulun namun mereka memerlukan sedikit masa untuk mencari keserasian. 

"Tahap kecergasan pemain juga belum mencapai tahap maksimum dan kita harap ada perubahan pada dua lagi perlawanan berdepan kelab dari Thailand iaitu Chonburi FC dan Army United," katanya yang dihubungi Kosmo! online hari ini. - K! ONLINE