Tunku Ismail bertitah, ranking pasukan kebangsaan jatuh tiga anak tangga baru-baru ini dan ia merupakan satu kegagalan yang amat besar.

“Oleh itu, saya rasa presiden FAM harus letak jawatan. Terima kasih untuk segala-galanya dan ia telah menjadi satu penghormatan untuk berkhidmat kepada bola sepak Malaysia. Selamat maju jaya. 

“Kepada seluruh bangsa Johor yang saya sayangi dan juga kepada para penyokong Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di seluruh dunia serta isteri dan anak-anak saya... Daddy’s home!,” titah baginda yang dimuat naik di laman Facebook, Johor Southern Tigers malam ini. - K! ONLINE