Tuan rumah yang juga pendahulu liga membuka tirai gol menerusi jaringan padang Auni Athika Ghani pada minit  ke-9.

Nur Syuhafa Suhaimi kemudiannya menambah gol kedua TLHT pada lima minit kemudian.

Kapten pasukan TLHT, Siti Noor Amarina Ruhani pula mensia-siakan peluang untuk menambah jurang gol apabila tolakan pukulan sudut penalti diambilnya pada minit ke-31 tersasar di sebelah kiri gawang SSTMI.

Penjaga gol SSTMI, Arlia Shazriq Ishafari terus cemerlang menangkis tiga lagi pukulan sudut penalti yang kesemua diambil pakar flick TLHT, Jaspreet Kaur pada minit ke-31, 38 dan 45.

Begitu pun Jaspreet akhirnya dapat menebus kehampaan apabila meledak pada pukulan sudut penalti keempat diambilnya menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-53. - K! ONLINE