Beliau berkata, ketiga-tiga pemain muda berkenaan bakal menggalas cabaran negara dalam acara perseorangan pada beberapa kejohanan berpasukan akan datang termasuk pada Piala Thomas 2020.

"Inilah pemain junior yang boleh digilap kerana mereka mempunyai potensi dan juga boleh bergabung. Inilah (pemain) junior yang perlu kita pupuk dan bina," katanya kepada pemberita di hotel penginapan pasukan Piala Thomas Malaysia di sini hari ini.

Misbun berkata demikian susulan kekalahan 1-3 pasukan negara di tangan Indonesia pada perlawanan suku akhir Piala Thomas semalam.

Beliau berkata, jika diberikan bimbingan dan pendedahan yang sepatutnya, barisan pemain muda itu akan menggalas peranan selaku pemain perseorangan negara pada saingan Piala Thomas dua tahun akan datang.
 
Misbun berkata, pemain-pemain muda berkenaan akan membawa cabaran sebagai pemain perseorangan negara selepas pengunduran Datuk Lee Chong Wei. - Bernama