Mina yang merupakan pemain sasaran Manchester United dan Paris Saint-Germain (PSG) melakukan kejutan apabila memilih untuk menyertai The Toffees dengan nilai perpindahan hampir £28 juta (RM146 juta).

Gomes pula dibawa masuk sebagai pemain pinjaman selama semusim dengan bayaran £1.8 juta (RM9.4 juta), manakala Bernard men­yertai Everton secara percuma selepas kontraknya bersama Shakhtar tamat.

Meskipun melepaskan Mina ke Everton, namun Barcelona mengambil langkah bijak apabila meletakkan klausa pembe­lian semula ke atas pemain antarabangsa Colombia tersebut.

“Saya tahu pasukan ini sentiasa memberi cabaran dalam setiap musim. Oleh sebab itu, saya ambil keputusan untuk datang ke sini. Saya akan cuba berikan aksi terbaik bagi membantu pasukan ini,” kata Mina.

Pada masa sama, Gomes percaya keputusannya menyertai Everton merupakan langkah tepat selepas mengadakan perbincangan bersama pengurus, Marco Silva mengenai hala tuju pasukan.

“Saya gembira untuk menyertai pasukan hebat seperti ini. Saya tahu Everton merupakan pilihan yang tepat untuk saya memandangkan Marco Silva adalah antara jurulatih berkualiti,” ujarnya. – Agensi