Kejayaan itu menyaksikan skuad The Kookaburras muncul juara kumpulan dengan baki satu perlawanan.

Keputusan seri 1-1 antara China dan Ireland dalam satu lagi aksi Kumpulan B turut membantu Australia mengesahkan slot suku akhir tersebut secara automatik, sekali gus semakin hampir untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi mereka pada edisi lepas.

Ketua jurulatih Australia, Colin Batch jelas berpuas hati selepas menyaksikan pemainnya berjaya meledakkan tiga gol dalam suku terakhir meskipun dipaksa berhempas pulas untuk merobohkan benteng pertahanan England sepanjang tempoh 45 minit awal permainan.

“England bermain dengan baik hingga menyukarkan barisan penyerang kami melakukan percubaan berbahaya ke arah pintu gol mereka.

“Saya gembira kerana kesabaran yang ditunjukkan para pemain akhirnya berhasil apabila kami mendapat tiga gol dalam tempoh 15 minit terakhir permainan.

“Walaupun kami sudah layak ke suku akhir, tetapi saya tetap mahukan kemenangan pada baki saingan selepas ini,” katanya.

Tiga gol Australia dalam perlawanan itu dijaringkan oleh Jake Whetton pada minit ke-47, Blake Govers (m-50) dan Corey Weyer (m-56). – Agensi