Pengendali TFC1, Irfan Bakti Abu Salim berkata, Jun Hyeob yang bermain di posisi penyerang merupakan pengganti kepada seorang lagi pemain Korea Selatan, Kim Hyun Woo yang terpaksa digugurkan sebelum ini akibat kecederaan.

"Kita memang mencari pengganti Hyun Woo setelah bekas pemain PKNP FC itu menghadapi kecederaan lutut yang serius semasa aksi pramusim di Kemboja baru-baru  ini.

"Sebelum ini, kita pernah mencuba seorang pemain Korea Selatan lain, Park Seung Il tetapi dia didapati tidak berapa sesuai dengan corak permainan diterapkan untuk TFC1," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis menandatangani kontrak dengan Jun Hyeob di pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE