Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Mohd. Syahrizan Mohd. Zain berkata, pihaknya telah memutuskan jersi bernombor berkenaan tidak akan digunakan oleh mana-mana pemain TFC mulai musim depan.

"Nombor tersebut akan didedikasikan khas kepada penyokong TFC yang dianggap pemain ke-12 kelab yang tidak pernah penat memberi sokongan padu kepada kelab.

"Ia juga sebagai pengiktirafan dan penghargaan terhadap semangat, disiplin dan aura luar biasa yang diberikan penyokong tegar TFC selama ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada musim lalu, jersi nombor 12 dipakai pemain tengah, Shahrul Aizat Zulkifli. - K! ONLINE