Sebagai rekod, skuad The Red Devils mengalami kekalahan 1-2 di tangan Sevilla dalam pusingan kedua peringkat kalah mati di Stadium Old Trafford awal pagi tadi.

"Saya rasa keputusan ini bukanlah sesuatu yang baharu buat pasukan dan penyokong kelab kami. Secara jujur, saya sendiri telah menewaskan United ketika bersama Porto dan Real Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara di peringkat yang sama sebelum ini.

"Apa yang pasti, barisan pemain perlu bangkit semula dalam aksi Piala FA minggu ini dan tidak boleh kecewa terlalu lama. Kehidupan mesti diteruskan," katanya. - Agensi