KHIDMAT pelumba handalan tempatan, Muhammad Nur Aiman turut ditagih kontinjen Terengganu bagi menghadapi Sukan 2018 di Ipoh, Perak.

Menurut Hussaini, seramai 10 pelumba termasuk pelumba terkemuka tempatan, Muhammad Nur Aiman Mohd. Zariff bakal mengambil baha­gian dalam empat acara iaitu trek, lebuh raya, BMX dan berbasikal bukit.

“Semasa beraksi pada kejohanan sama di Sarawak dua tahun lalu, kami memperoleh pingat paling ba­nyak dalam acara berbasikal dengan 14 emas dan saya mahu status itu kekal pada edisi di Perak.

“Selain menurunkan pelumba utama, kita juga akan menggunakan dua pelumba pelapis kebangsaan untuk menjadikan jumlah keseluruhan atlet

yang bertanding pada Sukma kali ini seramai 10 orang.

“Impian kita mungkin sedikit sukar untuk mencapai objektif yang ditetapkan kerana beberapa negeri dikenal pasti sedang meningkat naik seperti Sabah. Mereka sangat bagus dalam acara trek terutamanya pecutan.

“Tiga negeri seperti Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan masih menjadi pencabar terdekat kami pada Sukma nanti,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Sebagai rekod, pada kejohanan sama dua tahun lalu, kontinjen Terengganu berjaya meraih kedudukan ketiga ke­seluruhan menerusi 47 emas, 42 pe­rak dan 44 gangsa.

Dalam pada itu, jurulatih skuad berbasikal lebuh raya Sukan Asia 2018 itu turut yakin mereka mampu untuk membawa pulang sekurang-kurangnya sembilan emas termasuk tiga pingat tambahan pelbagai warna.

“Kita menyasarkan untuk meraih sekurang-kurangnya sembilan pingat emas menerusi empat acara iaitu trek, lebuh raya, berbasikal bukit serta BMX, tetapi saya yakin kami boleh menambah tiga lagi pingat dalam apa sahaja warna.

“Kepada atlet yang berjaya, kerajaan negeri Terengganu akan beri insentif seperti tahun sebelum ini dan saya harap para pelumba tidak hanya memikirkan insentif, sebaliknya perlu berusaha keras untuk berjaya dengan semangat kesukanan sebenar,” katanya.