Pada aksi yang berlangsung di Arena Rod Laver itu, Kvitova yang juga pemenang Grand Slam sebanyak dua kali tidak mempunyai masalah untuk menyingkirkan Collins dengan keputusan 7-6, 6-0.

Kata Kvitova, keputusan yang diraih bukanlah semudah yang disangka kerana Collins memberi tentangan cukup sengit khususnya pada set pertama sebelum berjaya menang menerusi penentuan tie break.

“Saya akui bernasib baik untuk menang pada set pertama selepas diberikan saingan yang cukup sengit oleh Collins. Set kedua pula sedikit mudah buat saya dan saya gembira dengan kemenangan straight set.

“Apa yang pasti, kejayaan melangkah ke final adalah sesuatu di luar jangkaan dan saya berjanji akan berikan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti,” katanya yang akan bergelar pemain No. 1 dunia secara rasmi bulan depan.

Sementara itu, Kvitova dijadualkan bertemu dengan Naomi Osaka di perlawanan akhir esok selepas jaguh muda Jepun itu menewaskan Karolina Pliskova dengan keputusan 6-2, 4-6. 6-4 di venue yang sama semalam.

“Saya sudah jangkakan perlawanan yang sengit daripada Kvitova selepas dia berjaya menyingkirkan Serena Williams sebelum ini dan saya berpuas hati apabila berjaya menggunakan setiap kelebihan yang ada untuk menewaskannya,” kata Osaka. - Agensi