Pemangku ketua jurulatih skuad terjun negara,  Zhang Yukun yang ditemui media Malaysia di sini hari ini, memaklumkan  ratu terjun negara itu mengalami kecederaan belakang yang serius semasa sesi latihan semalam menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada acara berkenaan esok.

"Saya tidak pasti sama ada beliau dapat menyertai acara individu, namun saya berharap beliau dapat kembali pulih kerana Pandelela adalah prospek pingat kepada Malaysia pada Sukan Asia ini," kata Zhang.

Nur Dhabitah Sabri akan menggantikan Pandelela dan akan bergandingan dengan penerjun veteran, Leong Mun Yee dalam acara tersebut.

Untuk rekod, Malaysia tidak pernah memenangi pingat emas dalam acara terjun pada Sukan Asia sejak acara berkenaan mula dipertandingkan pada edisi 1951 di New Delhi, India. - Bernama